apa bende tu taman merdeka? ok taman merdeka ni ialah taman rekreasi.Taman ini diberi nama Laman Merdeka bersesuaian dengan konsep keseluruhan yang ingin diketengahkan. Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari pusat bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2. Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melaui komponen pembangunan yang telah disediakan.Sebuah taman yang menggambarkan dengan jelas semangat patriotik pejuang kemerdekaan melalui catatan sejarah, arca, rekabentuk bangunan, rekabentuk lanskap serta sistem bunyi dan cahaya. Konsep taman mesra alam dan mesra pengguna cuba diterapkan kepada pengunjung agar keselasaan dirasai ketika bersia-siar atau menjalankan aktiviti riadah di taman ini.
P/S:pada hari jumaat sabtu dan ahad pukul 8mlm akan ditayangkan wayang pacak di pentas manakala lifeband di canopy yg berada di tengah2 taman..pertunjukan orchestra pula setiap hari sabtu dan ahad bermula pada pukul 10am hingga 12pm bertempat di canopy..tiada bayaran dikenakan! so silalah datang beramai2!
No comments:
Post a Comment